Saturday, December 8, 2012

Tips-tips mengurangkan tekanan

Assalamualaikum
apa khabar semua?
harap sihat lah ye
sebelum tidur
 saya nak kongsi
tips-tips/cara-cara mengurangkan tekanan
tekanan memang fitrah manusia
sebagai pelajar
kertas kerja dan peperiksaan memang lumrah
tekanan sangat 
tapi anggaplah ia sebagai ujian


Rasullullah SAW bersabda:
"“Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.”
 (Hadis riwayat al-Bukhari)


dengan tekanan (ujian) kita akan belajar apa itu erti hidup
tapi dengan tekanan(ujian) juga ada yang jauh dari erti hidup sebenar
apa yang perlu kita tahu adalah
cara-cara mengurangkan tekanan dan hadapi ujian itu
bagaimana?
mari saya kongsi
 Antara cara-caranya adalah
1)pengurusan masa
-kita perlu tahu cara menguruskan masa yang betul
-tulis tugasan yang perlu diselesaikan
-beri keutamaan kepada tugas yang sangat penting
2) diet yang seimbang
-elakkan makan makanan yang berkolestrol tinggi dan minuman yang bergas/tidak sihat/manis
-banyakkan minum air putih
-elakkan merokok
-perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
-elakkan makan makanan ringan (jajan)
3)bersukan
-sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali , dan 3 kali seminggu
-pilih sukan yang anda gemari
-sekurangnya jalan dalam 20 minit sambil menghirup udara segar pagi 
4)dapatkan tidur yang cukup
-elakkan pengambilan ubat tidur
-elakkan makan pada waktu malam/sebelum tidur
-pastikan tempat tidur selesa
-kurangkan pengambilan kofien
-sekiranya tidak dapat tidur,minumlah minuman yang bersusu seperti susu,milo dan sebagainya
5)dapatkan sokongan orang yang kita rapat
-kongsi masalah
-jangan malu bertanya
6)berfikiran positif
-setiap masalah ada penyelesaian
-percaya pada diri yang anda boleh hadapinya

7)PALING PENTING!
-Mohon pertolongan ALLAH
-Banyakkan solat
-percaya pada janji ALLAH
-Banyakkan berdoa



"sesungguhnya ALLAH suka pada hambaNYA yang sentiasa mengharapkanNYA"

Allah berfirman:"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku , akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina ." 
(Surah al-Mu'min 40:6)

ok
ni doa yang boleh kita amalkan ketika menghadapi tekanan 



InsyaALLAH
kita boleh!
selamat beramal..






No comments:

Post a Comment