Sunday, September 30, 2012

Peliharalah mulut anda

kawan-kawan tahu kenapa pepatah mengatakan "mulut tiu lebih berbisa dari sebilah pedang"?cuba kawan-kawan fikirkan..
kerana mulut sesama kita bergaduh,kerana mulut sesama kita bermasam muka dan paling teruk lagi kerana mulut sesama kita berbunuhan....
Dahsyat kan....sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata....

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apa itu Gheebah?” 
Baginda menjawab: “Ia adalah kata-kata yang dibenci oleh saudara mu.” 
Abu Dharr berkata: “Bagaimana jika apa yang dikata itu benar?” Baginda 
menjawab: “Jika benar maka itu adalah gheebah, jika tidak maka itu 
menjadi fitnah.”
[Al-Hurr al-`Amili, Wasai'l al-Shi`ah, vol. 8, hadith no. 16312] 

Rasulullah memberi nasihat kepada Abu Dzar: “Ya Abu Dharr! Berwaspadalah 
dengan mengumpat, kerana ia lebih berat dari berzina.” Abu Dhar (r) berkata: 
“Mengapa begitu?”Baginda menjawab: “Ini kerana, jika seseorang itu berzina dan 
bertaubat, maka Allah akan mengampuni dosanya, manakala dosa umpatan hanya 
akan diampuni, apabila dimaafkan oleh mangsanya.” 
Al-Hurr al-`Amili, Wasai'l al-Shi`ah, jilid. 8, hadith no. 18312
Takut kan....
Jadi jagalah setiap perkataan yang kita ungkapkan.... ISLAM ITU INDAH ^_^

Tahukah anda??

Tahukah kawan-kawan,sempurnanya iman seseorang terletak pada akhlaknya....

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. 
Riwayat: at-Tirmizi Hadis Hasan Sohih


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”
Riwayat Abu Daud
Apabila kita berakhlak mulia,bukan ALLAH dan RASUL saja yang suka dan sayang pada kita,malahan orang disekeliling kita juga turut suka dan sayang pada kita termasuklah makhluk-makhluk ALLAH yang lain....ISLAM ITU INDAH ^_^