Monday, December 3, 2012

Adab ziarah

Assalamualaikum
ketemu lagi kita hari ni...
macam mana hari ni?
harap-harap ok lah ye


ha...
jom kita baca lagi


saya nak kongsi 
Adab Berziarah..


penting ke?
Fiman Allah SWT yang bermaksud;"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.".
(Surah an-Nur ayat 27)

(Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyebut bahawa menjadi satu budaya bagi masyarakat Arab Jahiliah apabila mengunjungi rumah seseorang, mereka akan terus masuk ke rumah dan berkata, "Aku telah datang!" Suasana ini kurang disenangi kerana ia boleh memalukan tuan rumah atau tuan rumah mungkin bersama keluarga dan tidak bersedia untuk menerima kehadiran tetamu.)


Cuba kita lihat adab Nabi SAW bersama para Sahabat,
mengetuk pintu,
memberi salam,
menunggu dan beredar sekiranya salam tidak dijawab



Antara adab yang dianjurkan ketika berziarah :

1)Mengetuk pintu sebanyak 3 kali dengan sederhana

Dalam sebuah hadis,Nabi SAW berpesan,

"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Riwayat Abu Daud)



2)Menyatakan nama sebenar

- memperkenalkan diri sekiranya ditanya tuan rumah

3)Tidak berada di muka pintu 

-berada  di sebelah kiri atau kanan-


4) Tidak sedih jika kunjungan tidak diterima

"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Surah an-Nur ayat 28)

- Bersangka baiklah dengan tuan rumah, kerana tidak semua orang dapat menyatakan keuzuran mereka.



ok.
dilain waktu kita kongsi ilmu lagi ye
selamat beramal
ASSALAMUALAIKUM

















No comments:

Post a Comment