Thursday, December 20, 2012

Kendali nafsumu

Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Alhamdulillah sihat belaka.
ok hari ni saya nak kongsi tips-tips kawal nafsu
nafsu boleh terdiri dari pelbagai bentuk
nafsu syahwat,makan,berbelanja, tido dan banyak lagi.




Firman Allah swt :" Katakanlah aku dilarang menyembah tuhan-tuhan selain ALLAH, katakanlah aku tidak akan mengikut hawa nafsu, sungguh tersesatlah aku jika berbuat demikian, dan tidaklah pula aku termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-Anaam, 6:56)

Banyak sekali Allah mengungkapkan di dalam Al-Quran dimana orang-orang yang mengikut hawa nafsu ini, sudah pasti akan kemudiannya berbuat perkara yang sungguh tersesat.
Maka apa yang perlu kita lakukan bagi menangani nafsu ini terus membelenggu diri kita?
Mari kita baca



Tips-tips menangani nafsu

1) Puasa

Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam tubuh badan manusia sepertimana mengalirnya aliran darah. Persempitkanlah perjalanan syaitan itu dengan cara berpuasa."
(HR Bukhari)

Ayat diatas menunjukkan cara yang   diajar oleh Nabi Muhammad saw kepada kita antara  perkara yang kita boleh lakukan bagi mengendali nafsu kita adalah dengan berpuasa.

2) Zikrullah

Sabda Rasulullan saw: "Perbaharuilah iman-iman kamu dengan banyak mengungkapkan 'Lailahaillallah'.
(HR Bukhari & Muslim)

Kita digalakkan untuk perbanyakkan zikir kepada ALLAH sebagai tanda kasih dan ingatan kita kepada ALLAH yang bermakna penghambaan kita tidak lebih kepada perkara lain.



3) Qiamulail

Firman Allah swt : "Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
(Surah Al-Isra', 17:79)

Ayat diatas menunjukkan ALLAH menyuruh kita bertahajjud dan mudah-mudahan kita peroleh kedudukan yang terpuji.

Ini juga pernah diungkapkan oleh seorang ulama' yang bernama Abdul Qasim Al- Junaid. Beliau  pernah ditanya, " Bilakah jiwa itu perolehi harapan?" dan dia menjawab "Jika penyakitnya menjadi ubat kesembuhan". Lalu ia ditanya lagi, "Lalu bilakah penyakitnya menjadi ubat kesembuhannya?" dan ia menjawab, "Jika hawa nafsunya dapat ditentang."

Cerita diatas menunjukkan memerangi hawa nafsu adalah bererti kita telah diubati dengan penyakit jiwa. Memang susah untuk menetang keinginan hawa nafsu kita sendiri.Allah pun pernah bersabda dengan mengingatkan kita bahawa musuh umat islam itu adalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Maka bertahajjudlah pada ALLAH kerana ia akan memandu kita ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.

 

4) Bertaubat

Firman ALLAH swt, "Dan dia berkata : Hai kaumku, mohonlah pada Rabbmu (tuhanMU), lalu bertaubatlah kepadaNYA, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras kepadamu dan Dia akan menambahkan kekuatanmu. Dan janganlah engkau berpaling dengan berbuat dosa. "
(Surah Huud, 11:52)

Jelas ALLAH dengan banyak beristighfar dan bertaubat, Allah akan terus menambahkan kekuatan kepada kita supaya mampu untuk menjadi hambaNYA yang bertakwa.




itulah antara tips nya
harap dapatlah menjadi panduan kepada saya dan kawan semua dalam mengawal keinginan hawa nafsu kita sendiri,
ok,
sampai di sini dulu
di lain waktu kita kongsi lagi
selamat malam.
Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment