Monday, October 22, 2012

Rumah cendawan

he3....RUMAH CENDAWAN...mari kita tengok....PELIK TAPI BENAR....










PELIK TAPI CANTIK....SUBHANALLAH ^_^


^_*vv



Bismillahirrahmanirrahim......


Ya Allah Penguasa Alam Jagad Raya, mudahkan semua urusan kami, bahagiakan & berilah solusi terbaik dlm hidup kami & Luaskan REZEKI kami, Solehkan kami. BAGUSKAN AGAMA, 
DUNIA & AKHIRAT KAMI. 
Ya Allah baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku. Baguskan duniaku karena disitulah kehidupanku, & baguskan akhiratku karena ia itu tempat aku kembali. Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan. 

(HR. Muslim)

AMIN ^_^VV

^____^vv





Assalamualaikum.......selamat pagi sume..... ^_^









semoga hari ni lebih baik dari semalam........Cayok!  ^_^

Sunday, October 21, 2012

Berfikiran positif

Kenapa dia ada tapi aku tak ada ....


Sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA..
Yakinlah kawan2...
tak semua yang orang lain punyai  itu adalah baik untuk diri kita...
Jadi,kita kena lah sentiasa bersyukur...
pasti ada sebab dan hikmahnya....
Always think positive k....
May ALLAH always bless you all....
^_^



Kebesaran ciptaan ALLAH

he3...
mari kita menghayati ciptaan ALLAH YANG MAHA BESAR...

AWAN BERBENTUK KALIMAH ALLAH

BAYI LEBIH KEPALA

BATU TERAPUNG
BAYI KEPALA 2
BAYI KAKI 4

BUAYA KEMBAR SIAM

KALIMAH PADA BUNGA

DUYUNG KE?

KACANG BERTULIS KALIMAH

KALIMAH ALLAH DI BUMI

KATAK KAKI 3

KEMBAR SIAM INDIA

KEMBAR SIAM INDONESIA

KEMBAR SIAM IRAN


LEMBU KEPALA 2

SUBHANALLAH.....Begitu hebatnye ciptaan ALLAH...
Dan ad banyak lagi bukti-bukti Kebesara ALLAH SWT..
di kemudian waktu saya kongsi lagi ye.....NANTIKAN... ^_^

Doa Kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum....he3....sihat?
Alhamdulillah.....tapi bagi yang tak sihat tu jangan sedih k 
sebab ini  tandanya ALLAH syg kita kerana pada masa ni lah kita akan selalu ingat ALLAH dan  pada masa ini jugalah ALLAH ingat kat kita.......
BEST kan..
ok hari ni saya nak kongsi sesuatu....
Tahukah kawan-kawan, 
antara doa yang paling disukai oleh Baginda Rasullullah S.A.W 
adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat
 serta meminta perlindungan  dari azab api neraka.

Dalam satu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:

“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”



 HR. Tirmidzi

SERONOK  KAN, JADI MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGAMALKANNYA YA.... ^_^     

Monday, October 15, 2012

Kawan oh kawan

assalamualaikum...
apa kaba?harap-harap sihat hendaknya....he3...
masa saya tunggu nak solat tadi,tiba-tba saya terfikirkan kawan-kawan saya dulu time blaja kat UniSZA...tergelak dibuatnya apabila mengenangkan kerenah-kerenah mereka.....
pernah tak kawan-kawan terfikir,kawan- kawan yang kita ada semuanya berbeza-berbeza,tak kiralah dari segi  perbuatannya atau tingkah nya..ada yang rajin,malas,baik nakal dan sebagainya..pelik kan....ha itulah kuasa ALLAH....Jodoh Pertemuan Ajal Maut semua atas kehendakNYA...SUBHANALLAH......




"Tidak sempurna iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Bila difikirkan segala yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya...
supaya kita boleh saling melengkapi...
betul tak?
tapi kita kenalah pandai pilih kawan....ok ^_^vv

Inilah saya

Sunday, October 14, 2012

4 golongan yang ditarik ke neraka disebabkan oleh wanita

Assalamualaikum...lama sudah saya tak meng 'update' blog saya...
hari ni..saya nak share sesuatu pada rakan-rakan......
tahukah kawan-kawan, kerana kita(perempuan) ayah abang,suami dan adik lelaki kita masuk neraka..nak tahu sebabnya?mari baca sama-sama.....

Antara 4 golongan yang akan diheret ke neraka ALLAH disebabkan wanita:-


1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.

  maka kmarilah kita bersama-sama muhasabah diri.... ^_^

Wednesday, October 10, 2012

Zzzzzz -_-

Selamat Malam.... ^_^

Assalamualaikum....



5 Restoran pelik di dunia



Pelik tapi benar..

1. Alcatraz – Prison Restaurant in Tokyo


2. Chillout – Ice Restaurant in Dubai


3. Ninja Restaurant in New York


4. Hospital Restaurant in Latvia


5. Dinner in the Sky

Hanya ada di jepun sahaja

assalamualaikum....selamat malam...sebelum tido saya nak kongsi sesuatu ni...he3.....

iNi merupakan taman bunga yang mana kebanyakannya semua bunganye berwarna unngu dan merah jambu...menarik kan...mengikut citer ia direka khas kepada mereka yang cinta akan bunga-bungan dan wanita....he3...SUBHANALLAH  indahnye ciptaan ALLAH.... ^_^




Tuesday, October 9, 2012

Jom solat ^_^

Assalamualaikum....
maghrib dah nak sampai ni.....jom kita bersiap menghadap illahi...semoga kita semua peroleh kejayaan di dunia dan akhirat...Amin

jom solat!!


LETS PRAY TOGETHER ^_^

Sunday, October 7, 2012

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

assalamualaikum dan selamat pagi ^_^
Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih lagi dihidupkan.....Subhanallah....
hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihan solat sunat dhuha....di sekolah dulu, cikgu saya selalu pesan kalau boleh selalulah mengerjakan solat sunat dhuha....banyak kelebihan yang ALLAH beri sekiranya kita dapat mengerjakannya.....
Mari kita sama-sama baca dan cuba mengerjakannya sekerap yang mungkin.....


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. 
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” :
Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
                                                                                                         (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

 Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
                                                                                                             (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
-Waktu sembahyangnya adalah ketika naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
- caranya sama sepertimana kita solat sunat-sunat yang lain.boleh dilakukan 2 rakaat,4 rakaat,6 rakaat,lapan rakaat, dan 12 rakaat....

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Begitulah kawan-kawan kelebihan cara dan masanya....InsyaALLAH kita dapat istiqamah dalam melakukannya ...amin ^_^

SEMOGA HARI NI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ....

Saturday, October 6, 2012

Friday, October 5, 2012

Mari ^_^

Assalamualaikum dan selamat malam semua ^_^

malam ni saya nak share satu doa yang boleh kita amalkan bersama-sama agar esok dan hari - hari   akan mendatang  nanti lebih baik dari hari yang lepas...amin...



Ini lh doa yang RASULLULLAH S.A.W ajar pada puterinya Fatimah ra....Selamat Mengamalkannya.....

Wednesday, October 3, 2012

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

Assalamualaikum dan selamat pagi....

SENYUM

Maniskan senyuman saya......Terima Kasih ^_^

Nikmat Syurga 2 ^_^

ok...mari sambung cerita semalam.....semalam saya ada beri 3 jenis nikmat syurga yang ALLAH ssudah janjikan kepada hamba-hambanya yang soleh kan...dan hari ni saya akan tambah 3 lagi nikmat - nikmat syurga....teruja kan .....


1) Sungai Syurga
Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.(Muhammad: 15) 
2) Bidadari Syurga
 Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;(Ar-Rahman: 56).
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.
3) Makanan dan Minuman Syurga
 Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.(Al-Waaqiah: 20)
4)  Dapat melihat ALLAH.
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.(Al-Qiyaamah: 22)

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa penghuni syurga akan dapat melihat ALLAH 

Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya

Sabda Rasulullah s.a.w : ((Syurga dipagari dengan perkara yang dibenci dan neraka dipagari dengan nafsu))  Riwayat Muslim

                                                             Gambar Hiasan

Seronok kan....kita usaha sama-sama ye untuk mendapat syurga ALLAH ...SUBHANALLAH....^_^ Islam Itu Indah.

Syukur Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum semua...ALHA,DULILLAH kita masih lagi hidup bernafas di bumi ALLAH ni....hari ni saya akan sambung citer kiter semalam....tajuk apa ye???

Nikmat Syurga.....Tapi sebelum tu..kita muhasabah diri sekejap...

.

nikmat syurga ^_^

Assalamualaikum kawan-kawan....Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi ni.....hari ni saya nak kongsi cerita kepada kawan-kawan tentang nikmat syurga....SUBHANALLAH....Mari baca ^_^


Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara nikmat-nikmatya adalah:

1. Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya))
 Riwayat Muslim
2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
(Az-Zumar) 20. 
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) 
Riwayat Muslim
3. Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim
Sebenarnya banyak lagi nikmat yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya yang soleh....nanti di lain waktu kita ceritakan lagi ye....salam ^_^

Tuesday, October 2, 2012

Mari Kita Selawat Bersama-Sama ^_^


Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
(Riwayat Ibn Mas'ud r.a)
Kelebihan Berselawat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." (Amir bin Rabiah r.a)
alt

Monday, October 1, 2012

semoga esok lebih baik dari semalam...amin,,, ^_^vv

La tahzan (jangan bersedih)

Ble kita sedih mesti kita terpikir kenapa aku tak segembira orang lain.Tapi ingatlah kawan-kawan bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya jika DIA tidak menyanyangi kita dan ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk hambanya...



* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ 
Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” 
Hadith riwayat Imam Tirmizi
“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” 
Riwayat atTirmizi

Kalo kiter di kala kesedihan cuba amalkan doa ni ye....Semoga kita lebih tabah dalam menghadapi setiap ujian drNYA...



Hai semua...Dah solat?



Kenapa??


Kawan-kawan
Pelik kan...apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Kerana kemungkinan besar sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur.

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim

Baginda pernah bersabda :Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya
Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.

Cuba kita periksa semula, adakah segala kriteria yang perlu ada dalam solat itu dilaksanakan ke tidak. ISLAM ITU INDAH ^_^....