Assalamualaikum
selamat pagi
apa khabar sahabat sekalian
harap sihat -sihat belaka
hari ni saya nak kongsi dengan sahabat semua
Kelebihan Sedekah
Rsulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal sementara ALLAH tidak menerima kecuali yang halal,Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya (yakni menerima dengan berkahnNya). Kemudian Dia melipatgandakan berkahnNya bagi pelakunya,sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud"

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ayat di atas menerangkan bahwa
walaupun secebis makanan yang kita peroleh secara halal (bekerja) diberikan pada saudara kita yang memerlukan
Allah pasti akan balas dengan sebesar kebaikan
begitu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang nye
ALLAH SWT
Sahabat,
jangan risau harta kita berkurang disebabkan bersedekah
dan demi membantu orang lain
kerana nikmat yang ALLAH akan berikan amatlah besar
di dunia mahupun akhirat..
antara KELEBIHAN SEDEKAH yang saya dapat simpulkan:
1) Dimurahkan rezki
2) Terhindar daripada bala bencana
3) Dipanjangkan umur
4) Mencegah daripada kematian yang buruk (dihindar dari kematian yang boleh mengaibkan cth:kemalangan dan mati dalam keadaan kufur)
5) akan dinaungkan daripada panas terik di padang mahsyar
6) mendapat pendinding daripada api neraka
Betapa besarnya nikmat yang diberikan atas keikhlasan kita bersedekah
maka
REBUTLAH
nikmat ALLAH itu luas
JOM BERSEDEKAH !!!
ok di lain waktu kita jumpa lagi ye..
bye
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment