Sunday, December 16, 2012

Tips hilangkan baran mengikut cara islam

Assalamualaikum
apa khabar semua?
harap sihat...
Selamat pagi
hehehe
semoga hari ni lebih baik dari ssemalam
amin



hari ni saya nak kongsi tips lain pulak
apa ye?


baran?
setiap orang mesti pernah rasa
marah yang amat sangat kan?


garangnya kan.
saya pun pernah jugak
tapi saya ni jenis manja sikit
sikit-sikit nangis
hehhehehe


mcm tu lah cara saya melepaskan marah...
tapi seeloknya mengikut islam adalah
mari kita baca

 Antara tips-tips menghilangkan baran adalah: 



1) Mengubah posisi


Sabda Rasulullah saw bermaksud,apabila kamu berada di dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring.
(Riwayat Muslim)


2) Berwuduk

Sabda Rasulullah saw bermaksud, marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu apabila kamu marah, maka hendaklah berwuduk
(Riwayat Abu Daud)



3) Membaca ta'awuz

Lafaznya (ﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)
Maksudnya: Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam



4) Berzikir

Banyak bersalawat, berzikir, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir



5) Kawal lisan

Berdiam diri dan jangan bertutur ketika marah kerana ramai manusia yang merosakkan  dirinya akibat lisannya sendiri, katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya


6) Minum air

Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan kemarahan. Bak kata orang api lawannya air kan.begitu juga lah dengan kemarahan yang ibaratnya api.



Itu antara tips-tips nya ya.
Indahnya islam kan.
mudah-mudahan dapatlah membantu kita
dalam mengawal kemarahan tu.
ok jumpa di lain waktu pula
Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment