
Thursday, December 27, 2012
adakah anda tahu?
5 perkara terpenting perlu anda tahu
1-solat subuh-wajah yang cantik
2-solat zuhur-duit yang banyak
3-solat asar-kesihatan yang baik
4-solat maghrib-anak-anak yang cerdik dan berjaya
5-solat isyak'- tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Sabda nabi muhammad s.a.w : Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah annur di wajahnya,barangsiapa yang tinggalkan solat zuhur tiadalah padanya rezki yang berkat,barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
Tuesday, December 25, 2012
doa kuat ingatan..
mari kita amalkan
Doa kuat ingatan

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(surah al-israa' ayat 70)
baca ayat ini
kemudian sapu pada kepala
mudah-mudahan
kita tidak akan mudah lupa..
amin
selamat beramal
selamat berjuang...
assalamualaikum..
apa kaba?
alhamdulillah
kita masih dipertemukan ALLAH.
ok final nak dekat ni
banyak yang perlu di review kan.
tekanan!
ok apa-apa pun yang kita nak lakukan
mohonlah pertolongan dari ALLAH
pasti kerja kita akan lebih mudah lagi diberkati
jangan mudah putus asa k
study smart not hard only.
ok
jom kita relax dulu
sambil dengar lagu ni
best sangat
best kan
tak ada yang mudah dalam dunia ni
tapi
tak mustahil untuk kita akan capai
jadi
jom usha bersama-sama
gapai kejayaan itu
mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya
amin
Thursday, December 20, 2012
Kendali nafsumu
Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Alhamdulillah sihat belaka.
ok hari ni saya nak kongsi tips-tips kawal nafsu
nafsu boleh terdiri dari pelbagai bentuk
nafsu syahwat,makan,berbelanja, tido dan banyak lagi.

Firman Allah swt :" Katakanlah aku dilarang menyembah tuhan-tuhan selain ALLAH, katakanlah aku tidak akan mengikut hawa nafsu, sungguh tersesatlah aku jika berbuat demikian, dan tidaklah pula aku termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Banyak sekali Allah mengungkapkan di dalam Al-Quran dimana orang-orang yang mengikut hawa nafsu ini, sudah pasti akan kemudiannya berbuat perkara yang sungguh tersesat.
Maka apa yang perlu kita lakukan bagi menangani nafsu ini terus membelenggu diri kita?
Mari kita baca

Tips-tips menangani nafsu
1) Puasa
Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam tubuh badan manusia sepertimana mengalirnya aliran darah. Persempitkanlah perjalanan syaitan itu dengan cara berpuasa."
Apa khabar semua?
Alhamdulillah sihat belaka.
ok hari ni saya nak kongsi tips-tips kawal nafsu
nafsu boleh terdiri dari pelbagai bentuk
nafsu syahwat,makan,berbelanja, tido dan banyak lagi.
Firman Allah swt :" Katakanlah aku dilarang menyembah tuhan-tuhan selain ALLAH, katakanlah aku tidak akan mengikut hawa nafsu, sungguh tersesatlah aku jika berbuat demikian, dan tidaklah pula aku termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-Anaam, 6:56)
Banyak sekali Allah mengungkapkan di dalam Al-Quran dimana orang-orang yang mengikut hawa nafsu ini, sudah pasti akan kemudiannya berbuat perkara yang sungguh tersesat.
Maka apa yang perlu kita lakukan bagi menangani nafsu ini terus membelenggu diri kita?
Mari kita baca
Tips-tips menangani nafsu
1) Puasa
Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam tubuh badan manusia sepertimana mengalirnya aliran darah. Persempitkanlah perjalanan syaitan itu dengan cara berpuasa."
(HR Bukhari)
Ayat diatas menunjukkan cara yang diajar oleh Nabi Muhammad saw kepada kita antara perkara yang kita boleh lakukan bagi mengendali nafsu kita adalah dengan berpuasa.
2) Zikrullah
Sabda Rasulullan saw: "Perbaharuilah iman-iman kamu dengan banyak mengungkapkan 'Lailahaillallah'.
(HR Bukhari & Muslim)
Kita digalakkan untuk perbanyakkan zikir kepada ALLAH sebagai tanda kasih dan ingatan kita kepada ALLAH yang bermakna penghambaan kita tidak lebih kepada perkara lain.
3) Qiamulail
Firman Allah swt : "Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
(Surah Al-Isra', 17:79)
Ayat diatas menunjukkan ALLAH menyuruh kita bertahajjud dan mudah-mudahan kita peroleh kedudukan yang terpuji.
Ini juga pernah diungkapkan oleh seorang ulama' yang bernama Abdul Qasim Al- Junaid. Beliau pernah ditanya, " Bilakah jiwa itu perolehi harapan?" dan dia menjawab "Jika penyakitnya menjadi ubat kesembuhan". Lalu ia ditanya lagi, "Lalu bilakah penyakitnya menjadi ubat kesembuhannya?" dan ia menjawab, "Jika hawa nafsunya dapat ditentang."
Cerita diatas menunjukkan memerangi hawa nafsu adalah bererti kita telah diubati dengan penyakit jiwa. Memang susah untuk menetang keinginan hawa nafsu kita sendiri.Allah pun pernah bersabda dengan mengingatkan kita bahawa musuh umat islam itu adalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Maka bertahajjudlah pada ALLAH kerana ia akan memandu kita ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
4) Bertaubat
Firman ALLAH swt, "Dan dia berkata : Hai kaumku, mohonlah pada Rabbmu (tuhanMU), lalu bertaubatlah kepadaNYA, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras kepadamu dan Dia akan menambahkan kekuatanmu. Dan janganlah engkau berpaling dengan berbuat dosa. "
(Surah Huud, 11:52)
Jelas ALLAH dengan banyak beristighfar dan bertaubat, Allah akan terus menambahkan kekuatan kepada kita supaya mampu untuk menjadi hambaNYA yang bertakwa.
itulah antara tips nya
harap dapatlah menjadi panduan kepada saya dan kawan semua dalam mengawal keinginan hawa nafsu kita sendiri,
ok,
sampai di sini dulu
di lain waktu kita kongsi lagi
selamat malam.
Assalamualaikum
Subscribe to:
Posts (Atom)