Monday, October 1, 2012

Kenapa??


Kawan-kawan
Pelik kan...apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Kerana kemungkinan besar sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur.

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim

Baginda pernah bersabda :Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya
Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.

Cuba kita periksa semula, adakah segala kriteria yang perlu ada dalam solat itu dilaksanakan ke tidak. ISLAM ITU INDAH ^_^....

No comments:

Post a Comment