Sunday, September 30, 2012

Peliharalah mulut anda

kawan-kawan tahu kenapa pepatah mengatakan "mulut tiu lebih berbisa dari sebilah pedang"?cuba kawan-kawan fikirkan..
kerana mulut sesama kita bergaduh,kerana mulut sesama kita bermasam muka dan paling teruk lagi kerana mulut sesama kita berbunuhan....
Dahsyat kan....sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata....

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apa itu Gheebah?” 
Baginda menjawab: “Ia adalah kata-kata yang dibenci oleh saudara mu.” 
Abu Dharr berkata: “Bagaimana jika apa yang dikata itu benar?” Baginda 
menjawab: “Jika benar maka itu adalah gheebah, jika tidak maka itu 
menjadi fitnah.”
[Al-Hurr al-`Amili, Wasai'l al-Shi`ah, vol. 8, hadith no. 16312] 

Rasulullah memberi nasihat kepada Abu Dzar: “Ya Abu Dharr! Berwaspadalah 
dengan mengumpat, kerana ia lebih berat dari berzina.” Abu Dhar (r) berkata: 
“Mengapa begitu?”Baginda menjawab: “Ini kerana, jika seseorang itu berzina dan 
bertaubat, maka Allah akan mengampuni dosanya, manakala dosa umpatan hanya 
akan diampuni, apabila dimaafkan oleh mangsanya.” 
Al-Hurr al-`Amili, Wasai'l al-Shi`ah, jilid. 8, hadith no. 18312
Takut kan....
Jadi jagalah setiap perkataan yang kita ungkapkan.... ISLAM ITU INDAH ^_^

No comments:

Post a Comment