Wednesday, October 3, 2012

Nikmat Syurga 2 ^_^

ok...mari sambung cerita semalam.....semalam saya ada beri 3 jenis nikmat syurga yang ALLAH ssudah janjikan kepada hamba-hambanya yang soleh kan...dan hari ni saya akan tambah 3 lagi nikmat - nikmat syurga....teruja kan .....


1) Sungai Syurga
Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.(Muhammad: 15) 
2) Bidadari Syurga
 Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;(Ar-Rahman: 56).
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.
3) Makanan dan Minuman Syurga
 Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.(Al-Waaqiah: 20)
4)  Dapat melihat ALLAH.
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.(Al-Qiyaamah: 22)

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa penghuni syurga akan dapat melihat ALLAH 

Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya

Sabda Rasulullah s.a.w : ((Syurga dipagari dengan perkara yang dibenci dan neraka dipagari dengan nafsu))  Riwayat Muslim

                                                             Gambar Hiasan

Seronok kan....kita usaha sama-sama ye untuk mendapat syurga ALLAH ...SUBHANALLAH....^_^ Islam Itu Indah.

No comments:

Post a Comment