Monday, October 1, 2012

La tahzan (jangan bersedih)

Ble kita sedih mesti kita terpikir kenapa aku tak segembira orang lain.Tapi ingatlah kawan-kawan bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya jika DIA tidak menyanyangi kita dan ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk hambanya...



* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ 
Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” 
Hadith riwayat Imam Tirmizi
“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” 
Riwayat atTirmizi

Kalo kiter di kala kesedihan cuba amalkan doa ni ye....Semoga kita lebih tabah dalam menghadapi setiap ujian drNYA...



No comments:

Post a Comment