Sunday, October 7, 2012

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

assalamualaikum dan selamat pagi ^_^
Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih lagi dihidupkan.....Subhanallah....
hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihan solat sunat dhuha....di sekolah dulu, cikgu saya selalu pesan kalau boleh selalulah mengerjakan solat sunat dhuha....banyak kelebihan yang ALLAH beri sekiranya kita dapat mengerjakannya.....
Mari kita sama-sama baca dan cuba mengerjakannya sekerap yang mungkin.....


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. 
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” :
Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
                                                                                                         (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

 Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
                                                                                                             (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
-Waktu sembahyangnya adalah ketika naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
- caranya sama sepertimana kita solat sunat-sunat yang lain.boleh dilakukan 2 rakaat,4 rakaat,6 rakaat,lapan rakaat, dan 12 rakaat....

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Begitulah kawan-kawan kelebihan cara dan masanya....InsyaALLAH kita dapat istiqamah dalam melakukannya ...amin ^_^

SEMOGA HARI NI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ....

No comments:

Post a Comment