Thursday, November 1, 2012

Doa dipermudahkan urusan

assalamualaikum....
apa kabar semua? harap sihat-sihat belaka deh....
lama sudah tidak 'update' blog ni....
minggu ni jadual saya penuh dengan 'exam' & 'assignment'
tekanan lah jugak...
tapi itu memang perkara biasa 
Apa-apa pun saya akan terus berusaha dan berdoa..
ok
jangan tertekan
mari kita kongsi sesuatu...

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN...

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.
RUJUKAN :FOTRAH POWER PAGE
Jadi marilah sama-sama kita amalkannye....amin (^_^)


No comments:

Post a Comment