Tuesday, November 6, 2012

Bahana meninggalkan solat

Assalamualaikum
apa kaba?
harap sihat ye
hari ni saya nak kongsi ilmu dan ingatan buat kita bersama....

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu!!!!!

SUBUH
Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
ZUHUR
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar 
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak
Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

Dahsyatnye....astaghfirullahalazim......marilah kiter bermuhasabah diri sejenak.....

Sahabat, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. 

Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka.

 Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. 

Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.

.Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika kalian membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. 
Adakah udara itu diredhai Allah SWT? 
Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Maka marilah sama-sama kite perbaiki diri kita ye....

ok di lain waktu saya akan kongsi pada sahabat semua tentang azab meninggalkan solat pula ye...ok
selamat malam...
assalamualaikum ^_^vv  



  


No comments:

Post a Comment