Monday, January 14, 2013

rahsia amalan wanita solehah :D

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
apa khabar :D
ok
hari ni saya nak kongsikan 
kepada semua muslimah di luar sana
rahsia amalan wanita solehah
jom baca :)

1. Mendirikan shalat.

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh di wajibkan keatasnya shalat fardu lima waktu sehari semalam. Shalat fardu dengan rajin dan lakukan shalat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada shalat wajib itu tadi.

2. Menjaga shalatnya.

Seseorang yang wajib shalat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan shalat juga dituntut beristiqamah yaitu melakukan shalat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya. ini bermaksud shalat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan Redha.

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah.

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga Malaikat berdo'a agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah subhanahu wa ta'ala akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.

Untuk menjadi wanita sholehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.

Wanita sholehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan_Nya. Walaupun Allah tidak dapat di lihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hamba_Nya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.



ok
semoga ini boleh jadi panduan tuk kita semua
menjadi seorang muslimah sejati
bye

No comments:

Post a Comment