Friday, March 22, 2013

MAK AYAH :')



Ingatan untuk ku dan kawan semua


Sikatlah rambut ibumu ketika beliau masih ada.
Urutlah kaki dan tangan ayahmu ketika beliau masih bernyawa.

Sungguh. Mereka tidak punya banyak masa lagi bersama kita.

Bila-bila masa sahaja, kamu akan menerima panggilan atau mesej mengatakan salah seorang dari mereka tiada lagi di dunia.

--
Saya sentiasa teringat masa sekolah dulu, cikgu datang bawakan khabar ayah atau ibu kepada pelajar telah meninggal. Maka menangislah kawan yang kehilangan tu. Dalam hati, 'syukur aku masih punya keduanya.'

Semua orang akan merasai detik kehilangan itu. 
Cepat atau lambat sahaja.

Jika berjauhan, call lah. Jangan egokan hati. Tak mengapa digelar "anak mak", "anak ayah". 

Sebab kita memang anak ayah dan mak.

No comments:

Post a Comment